SaYaNG KamO DaN KamOOOOO...!!!!

My HeartBeat

10 March 2009

Rima Melati dan Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama?????


Majlis Resepsi Perkahwinan Rima Melati dan penyanyi terkenal, Marcell selamat diadakan dengan meriahnya pada 28 Januari lalu di Restoran Tepak Sireh, Singapura. Pada tarikh keramat mereka - 28 Januari 2009, mereka sah menjadi suami isteri menerusi pernikahan yang dianggap Marcell sebagai rahsia Tuhan. Majlis pernikahan yang diadakan di Restoran Tepak Sireh, Singapura itu cuma dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Rima Melati beragama Islam sementara Marcell adalah penganut agama Buddha dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri. Malah seakan-akan sudah memikirkan bakal berungkai persoalan agama ini,Marcell terlebih dahulu menulis dalam blognya: Masyarakat yang damai adalah masyarakat yang seimbang, iaitu masyarakat yang dengan lapang dada mampu menerima dan menghargai perbedaan dan pada masa yang sama tidak mengetepikan dan meremehkan aturan dan norma yang berlaku. Dan motivasi daripada kesemua tindakan ini tiada lain adalah rasa cinta dan kasih.”



* Berita ni aku amik dr mangga online.... Nauzubillah.... mmg dah nak kiamat aku rasa.. blh plak psal agama wat main2.. aku ni bknnya t'golong dr ahli ulama', tp sekurang2nya aku tau apa yg blh dan apa yg x blh... klu nak redah jer psal hukum hakam hnya kerana cinta & kasih, x tau aku ndk ckp ape.. sepatutnyer sbg org islam, rima melati msti tau batas2 sbg muslim dan blh pkir. aku taulah kau tu warga singapore, wlu ape pon, kau tu ttp org islam... x kisahla ngko nak kawen ngn sape2 @ warga apa pon, yg pnting sbg org islam, bakal suami ngko mstilah tahu mengucap kalimah Shahadah.. tp yg aku heran tu, mak bapak & family dier x kisah ker ha???? Yelah erk.. ndk kisah pebendenyer, dulu pon exhubby rima ni omputih... namanye Davin James Cook.. Ntah masuk Islam ke idok... Wallahuallam......

P/s : Kdg2 kita x tau ape yg kita buat tu blh menyimpang dari hukum hakam agama... Hisssh... Takut aku.. Ya Allah, jauhkanlah hambamu ini dari segala kemungkaranmu... Nauzubillah!!!!!

No comments: