Anak2 aku plak dlu suke sgt tgk Kicap kt Tom Tom Bak tuh... yerla, suara Kicap tu kan suara Din Beramboi... mmg tomei kicap tuh... Apepon aku doakan smoga Din Beramboi cepat sembuh... Aminnn...
Nih petikan dari Berita Harian online...
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi, koma sejak semalam dipercayai dijangkiti virus air kencing tikus hingga menyebabkannya mengalami pendarahan dalaman dan buah pinggangnya tidak berfungsi.
Finalis Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Selayang kelmarin sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila keadaannya semakin kritikal, tengah hari semalam.
Pengurus Program Era, Nazri Noran ketika dihubungi Berita Harian, berkata doktor tidak menolak kemungkinan Din Beramboi atau nama penuhnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri dijangkiti virus air kencing tikus. “Saya diberitahu dia mula demam sejak Rabu minggu lalu ketika sedang ke udara pada waktu pagi. Selepas selesai kerja, dia kelihatan sakit yang agak teruk. Saya menasihatkannya mengambil cuti beberapa hari.
“Sakitnya semakin menjadi-jadi hingga dia tidak boleh bangun. Dia sebenarnya tidak suka berjumpa doktor dan Ahad lalu, dia mendapat khidmat urutan untuk membuang angin. Cuma pagi kelmarin, dia terpaksa ke hospital berdekatan rumahnya di Bukit Sentosa.
“Bagaimanapun, atas saranan doktor kesnya dirujuk ke Hospital Selayang. Menurut doktor, sistem imun badannya lemah dan berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman tikus hingga menyebabkan saluran darahnya tidak stabil,” katanya.
Sementara itu, tersebar SMS yang mendakwa Din Beramboi dijangkiti virus air kencing tikus sewaktu menjalani penggambaran sebuah program membabitkan haiwan di sebuah zoo.
Teman gandingannya dalam segmen Riuh Pagi Era, Aznil Nawawi, berkata Din Beramboi memang terbabit dengan penggambaran sebuah program Astro Ceria, tetapi beliau tidak pasti sama ada jangkitan itu dialami ketika penggambaran berkenaan.
“Apa yang saya tahu, sejak minggu lalu dia memang demam. Sangka saya, ia hanya demam biasa tetapi akhirnya saya dapat tahu, dia dimasukkan ke ICU. Saya ada menghubungi isterinya dan meminta saya berdoa kerana keadaannya sudah kritikal,” kata Aznil
2 comments:
navigate herepop over to these guys this websitei was reading this this contact formhop over to this website
visit here replica wallets great post to read bags replica gucci directory high end replica bags
Post a Comment