SaYaNG KamO DaN KamOOOOO...!!!!

My HeartBeat

30 August 2010

Taktik Menculik Kanak-Kanak di Shopping Complex

salam isnin...
ahkak monday blues la ari nih.... haishhhhh....
segala M atau lemau bagai, sila pegi jauh2 yer.....
syiuhhhhhhhh.....!!! heheh...

duk jln2 blog korang tadi... pastu singgah kt blog LYNN... baca jer citer nih... mak aihhhh.... meremang bulu roma jap... bkn ape, skang nih mcm2 kan??? takut sgt... mmg tak bebas rasanya... jadi ape salahnya kita sama2 beringat kan???? org kata, malang tak berbau.....

jom baca dan ambil ikhtibar k.... pastu jgn lupe share dgn kwn2 yg lain.... ahkak copy paste dari blog lynn... mekasih lynn.... 

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...

Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

nota hati : awasi anak kita

15 comments:

az rina a.k.a jaijina said...

ya allah, takutnya..macam² tektik dorang akan buat nak colik budak² ni, nak² budak girl..

kalau sopping tu, kenelah pegang kuat² anak² tu..takut macam nilah..

mamalieyna said...

tu la kak, eina dh terbca sblm ni..mmg seram weeh..mende camni leh jd sekelip mata je kan..hope kita sntiasa beringat la kan..huhu..

Fieza79 said...

takot la dgr berita cam ni kdg tu terleka kalo tgh belek2 brg...mintak la dijauhkan...kena berhati2 lps ni...sll nya fieza biar je anak2 lari sana sini masa tgh belek2 brg..ishh seram je bila ingatkan balek...

~~Ciklinn~~ said...

mmg dorang ni cekap sangat2... sekejap jer kan... skrg tak kira anak lelaki ke pompuan mmg kit akena alert selalu...

mrs.ecam said...

ish takotnyer...ank aku dh la jenis x nk d pgang...nk lari2 n jln sndri dlm suping kompelek tu...huuuuuuuu kne bgtau en.somi nih...bhye...bhye

Suhana Shahril said...

Ya Allah...seramnya..meremang bulu roma..minta2lh dijauhkan maklumlah..musim2 skrg ni...suma pakat kuar shopping cr baju raya..risau jg takut ralit..

Nurzairul Isma said...

omg.takutnye

Hezesuze said...

salah satu sbb mengapa weols g sopink xbawak anak2...huhu

Ain said...

macam2 cara nak kidnap budak lately....

parents kena la berhati-hati...

aiDieNa said...

Pernah baca melalui Emel sebelum nie.. memang menakotkan dunia sekarang nie.. orang² berniat jahat nie selalunyer terlebih kreatif.. sebab tu lar jugak saya tak baper gemor bawak anak jalan kat tempat ramai org.. tapi.. kengkadang tak ada pilihan..

en_me said...

kaanns..

Masrina binti Alim said...

bagus juga buat entry psl ni.buat peringatan pada mak ayah,yerlah skang kan tgh sebuk n sesak2 kt shopping kompleks dkt2 raya ni..hati2 lah jika bawa anak.kalo boleh tinggal lah anak kt umah kalo nak g soping.bkn ape,sbg langkah berjaga2

ibu_Arifa said...

Ya Allah..memang meremang jugak saya baca tektik mereka tu..sampai mcm tu sekali.
minta dijauhkan lah kan perkara buruk mcm ni...aminn..

Diamilikku said...

sebab tu su risau kalau bawak alesha..dia suka berlari merata2...papa dia pulak suka buat relaks...selalu kalau sampai je memang letak dia dalam troli terus..senang....kalau tak ikat kat stroller

Anonymous said...

All of the Vita Mixture 5200 food processor or blender will be a immense food processor in the position to
integrating a good number of diverse what you eat thanks to its
efficient website. You're just about to gotten rid of an income and thus being in the most effective joining toy. Function dilemma which unfortunately identifies precisely how vitamin and mineral the power is undoubtedly will be how much of the indoor plant article content ended up being split near the juice extractor by way of stiffness and additionally scratching. She's used one particular Connector LaLanne's Control Juice machine for quite a while thus. If you've finished pure juice looking
at, you know this can normally moves on dangerous a little briskly even after making use of it-often within the 5-10 minimum.
It just demonstrates what you are able meet using the legal
right equipment.

my page :: best blenders