SaYaNG KamO DaN KamOOOOO...!!!!

My HeartBeat

03 August 2011

wanita menangis 64 kali setahun...!!

wanita mmg takleh berpisah dgn airmata... ader masalah mesti kita lepaskan segalanya dgn airmata.... sbb aku mmg mcm tuh... hehehe.... bkn cengeng atau manja... tp dgn menangis  bagi aku kepuasan dan dpt melepaskan serta meluahkan aper yg terbuku di dada... korang setuju tak????

oklah... jom kita kongsi info psl menangis nih....

pic from google

Fakta menarik mengenai wanita, kajian daripada German Society of dan dilaporkan dalam the telegraph pada 15 Oktober 2009, secara purata seorang wanita normal akan menangis di antara 30 hingga 64 kali dalam tempoh setahun, berbanding kaum lelaki yang hanya merekodkan 17 tangisan dalam tempoh setahun. Kalau diambil jumlah maksima 64 kali dan dibahagikan dengan 12 bulan dalam setahun, secara purata seorang wanita menangis sebanyak 5.3 kali sebulan dan jika dibahagikan pula dengan 30 hari dalam sebulan, seorang wanita akan menangis sebanyak 0.18 kali sehari.


Manakala kalau diambil jumlah maksima lelaki menangis 17 kali setahun dan dibahagikan 12 bulan, lelaki hanya menangis 1.42 kali sebulan. Di samping itu analisa tersebut juga mendapati purata wanita mengambil masa sehingga 6 minit untuk menangis berbanding lelaki hanya 2 hingga 4 minit.

Apakah faktor yang menyebabkan wanita menangis? satu persoalan yang begitu subjektif dan mempunyai ribuan jawapan mengikut persepsi masing-masing, namun berdasarkan carian dalam Askmen.com, lima faktor utama yang mempengaruhi emosi kaum wanita untuk menangis iaitu:

Hormon

Perubahan hormon dalam badan wanita ketika datangnya haid memberikan reaksi kepada kestabilan emosi mereka menyebabkan perasaan menjadi sensitif dan mudah tersentuh, yang hanya dapat diluahkan melalui tangisan.

Manipulasi

Wanita mengetahui tangisan mereka merupakan senjata utama untuk menawan perasaan insan lain, terdapat di kalangan wanita yang menggunakan tangisan sebagai satu alat untuk memanipulasi pihak lain.

Emosi Keikhlasan

Sekiranya tangisan wanita tidak berkaitan perubahan hormon dan manipulasi, faktor yang membuat wanita menangis adalah sebagai ekspresi emosi yang penuh keihklasan dan kejujuran.

Kemarahan

Berbeza dengan lelaki yang cenderung menggunaka kekerasan fizikal untuk meluahkan perasaan amarah, kebanyakan wanita pula menggunakan tangisan untuk meluahkan perasaan marah yang tida terhingga terhadap sesuatu situasi.

Memori

Wanita juga, sebagai makhluk yang penuh emosi mempunyai keupayaan refleks yang tinggi terhadap memori dan kenangan-kenangan lama, sama ada kenangan indah atupun buruk dan ini diluahkan juga melalui tangisan.

Manakala dalam persepktif Islam pula, menurut Ibnu Qayyim – terdapt 10 jenis tangisan dalam dunia ini iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati;

2. Menangis kerana rasa takut;

3. Menangis kerana cinta;

4. Menangis kerana gembira;

5. Menangis kerana menghadapi penderitaan;

6. Menangis kerana terlalu sedih;

7. Menangis kerana terasa hina dan lemah;

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang;

9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis; dan

10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

Sesungguhnya tangisan itu sendiri merupakan ciptaan dan kurniaan Allah S.W.T kepada makhluknya sebagaimana dijelaskan“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm: 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab cetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

............. bilakah kali terakhir korang menangis???? dan ape sebabnya???


info kredit kt SINI

10 comments:

eima said...

aku sgt jarang nangis ... paling byk setahun pun 5 kali kot...
sbb aku tak suka nangis2...

misya said...

sya suka nangis wlau perkara yg kcik je

cheqna said...

nangis kalu geram...hahahaha hok ni paling besh..sebab dok leh maroh..nangis jela...

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

huhuhu..xpenah kira brp kali nangis...tp rasanya byk kali...keh..keh..yg pasti tiap kali bila bulan nak mengambang cnfirm nak nangis..ckit2 terasa hati n xtau ke sebab terus2 je nangis...kehkeh...jiwa wanita...huhuhu..

eB ezrin said...

eB lebih kot :p

~aSHa~ said...

nangis sbb letih...ada ke?



jgn lupa sertai teka teki mdm....

Nana said...

saya mgm senang nanges
nak2 klw tgk movie hehe

sarah-najwan said...

teringat kata2 kwn akak..menangis tu bersihkan mata tau..ehhhe

skrg akak kerap mnangis..tiba2 jd cengeng..huhu..

hakak CNN said...

kali terakhir sy menangis adalah bulan tujuh dan sy rasa kan bulan tujuh sajerk sy dah menangis sebanyak 64 kali..camno tuh..hahahaha

~izan~ said...

setiap mlm nangis bila pyus kt laut..hukhukhuk