SaYaNG KamO DaN KamOOOOO...!!!!

My HeartBeat

24 February 2012

Lisa sah milik Yusry......

Assalam.....

alahai.... comei betul tgk gambar lisa masa majlis nikah semalam kan????
cute sgt..... yerlah, org klu dah comei, pakai ape pon nmpak cantik jer.....
sepadan dgn yusry yg nmpak segak disisi lisa.....
Alhamdulillah.... dgn skali lafaz jer, lisa sudah sah jadi milik yusry.....
smoga mereka berbhgia dan berkekalan hgga akhir hayat..... amin.....



PUTRAJAYA, 23 FEBERUARI: Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05 malam tadi.

Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU tersebut. Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Selesai sahaja akad nikah, LisaSurihani menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry KRU bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang. Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.

Yusry juga menyerahkan seutas rantai, selain tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan. Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.

Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri kurang 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.

Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.

sumber dari murai.com

7 comments:

fieda said...

mmg comey sgguh lisa ni kan zue..sweet jer..

atty's said...

sweet couple..semoga bahagia selamanya .amin

~aSHa~ said...

comey kan lisa



kak dah besar dah agaknye perut akak kan.....lama tak jengah sini tgk akak....tgk2 dah 31 minggu....semoga sihat2 sepanjang kehamilan

cheqna said...

cheqna ekgi mesti lagi comel...hahahahaha
beng mutoh r kak zue weh
pepun moga pasangan ini kekal bahagia buat selamanya
insyaallah =)

Mama Hanim said...

dua dua cute kan k.zue.. semoga kekal selamanya.
Tahniah utk lisa dan yusry..

ieda said...

sgt2 weet pernikahan mereka kan zue
x sabar nak tgk majlis sanding mereka lak .. tahniah buat mereka berdua .. nak2 lisa .. sooo sweet ;)

izan mama mia said...

pasangan yang sepadan..moga jodoh mereka sampai syurga...
salam kenal,singgah sini