SaYaNG KamO DaN KamOOOOO...!!!!

My HeartBeat

Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

19 August 2010

Komputer Pon Ader Jantina Yerrr...!!!



mata ngantuk sgt nih... sambil tggu nak balik kol 4.15 nanti...
gi jalan2 umah ZAIDAH
zai nih bgtau blh check pc kita nih laki atau pompuan...
hahaha... lawak kan????
komputer pon ader gak jantinanya...
ilang ngantuk aku jap... heheh!!!!

aku pon checkla jgk...
rupe2nyer pc aku nih pompuan laaaa....
aku duk berangan bior kuor sore brad pitt ker????
hahaha....

korang nak check pc korang tak???
korang masuk SINI

13 July 2010

Gambar Terbaru Lyafrina...!!

nih adalah gambar terbaru lyafrina....
haku amik nih kt blog zati...
gambar nih masa zati gi tgk lya kt spital t/hari tadi....
tenkiu zati... akak kopi pes nih yer...
nak tnjuk perkembangan terbaru lya kt kawan2...!!

zati ckp skrg nih pandangan lya mcm kabur sket...
tak bape nampak.....
Ya Allah.... mcm mana lya nak tggung seme nih????
berilah kekuatan utk lya utk tempuh seme nih... Amin...

sedih tgk gambar lya.... mmg nmpak sgt lya tak bermaya....
tapi lya sgt beruntung krana fain sentiasa disisi menemaninya....

lya..... smoga cepat sembuh yer....
sama2 lah doakan smoga lya cepat sembuh....
rindu nak baca celoteh lya kt blog dia....
lya.... be strong hokeyy...!!


p/s : Insyaallah, klu takde aral ujung mggu nak pegi spital kmn tgk lya..... klu haku jadi pegi, nnti haku update perkembangan lya yer... nih pon slalu sms zati tanya perkembangan lya....

12 July 2010

Entry Khas Buat Lyafrina

salam semua....
pada kawan2 seme... ader brita yg kurang baik...
nih pon dpt tau dari zati....
kwn blogger kita, Lyafrina masuk ICU sabtu ari tuh...
Ya Allah.... terkejut sgt2....
apepon. sama2lah doakan semoga beliau cepat sembuh yer...

lya, pinjam gambar nih yer...!!

Lya,
Wlu pon zue belom jumpa lya secara bertentang mata....
tapi zue tahu, lya seorang yg kuat dan tabah....
yupppp..... Lya kene kuat dan tabah utk Fain dan Asya...
zue tau, mereka teramat menyayangi Lya....
jadi.... Lya kene kuat terutamanya utk ASYA..!!

Lya... kembalikan semula keceriaan itu yer...
zue dan kwn2 yg lain sentiasa doakan Lya...
semoga Lya cepat sembuh... Aminnn....!!
be strong Lya...!!!

07 July 2010

Pokok Beracun - Keperihatinan Anda Selamatkan Nyawa...!!


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Sumber: Emel Yahoogroup

p/s : aku pon ader gak tanam pokok nih... tak tau plak bhya smp gitu... anak2 aku kdg tuh suke sgt gentel2 daun pokok nih.... balik karang nak buangla... takut plak...!!


16 June 2010

Jom Up Traffic Dengan WAWWI....!

aku telah dijemput oleh zaidah dan lyafrina utk join WAWWI nih.... bukan mawi yer... heheh....!! lg pon dah byk aku tgk kengkawan wat entry pasal WAWWI nih... 

korang pon bulih join... jom register kat sidebar aku tuh yer... yg dekat dgn shoutbox tuh..... free jerk, tak payah bayar pon.... senang sgt nak register.... cuma masukkan nama, url dan email.... sap sap soi jerk kan????

mari kita tgk pebende WAWWI tuh......

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Matrik nx15
Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah

Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15. Autospillover
Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.

Sistem yang digunakan:

MATRIK (nx15) + Autospillover
Sistem Mata (Point)

Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:

Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata

Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.

Jumlah Mata Sehari

3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata

Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.

Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 20 mata

Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata

Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata

Jumlah keseluruhan:
43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.

Pendapatan Sambilan

Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.

Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.

Jika anda meminati widget ini, silalah ikuti perkembangan semasa widget ini melalui Twitter dan Facebook kami.
 
p/s : aku kopi pes dari blog zaidah aka comel... tenkiu zai...

24 May 2010

PoToNG Q!!!!

macam2 cara nak sedarkan pengguna jln raya nih kan??? termasukla haku nih... hehehe!!! tp ok gak wat gini... bila baca papan tanda tuh, rase insaf jap... pastuh wat balik kan???? hehehe!!!  elehhhhhhh... korang pon cmtuh gak kan??? kan??? kan???? tak ngaku ler tuh!!!

tp apepon tabik ler pd pihak berkuasa.... papan tanda nih dah byk kt kuantan... tak tau ler kt tmpat korang pnah jumpe tak... ni ler salah satu cara nak bg kesedaran sivik sket pada sape2 yg suke sgt potong Q... aku klu bwk kete mmg hangin dgn org cenggini... tp kdg2 biler emergency tuh, haku buat gak.... ngehngehngeh!!!! korang jgn amalkan eh.... klu emergency tuh xpelah... bulih dimaafkan.... (ayat utk mengcover dri sdiri... hahahah!!!! gelak jahat di situ!!!)

korang pnah tgk papan tanda gini???? klu tgh drive, bila baca tuh, korang tak rasa bsalah ker????pertanyaan utk dri sdiri jgk.... huhuhu!!!

nih contoh org yg tak reti nak beratur...... org lain pon nak cepat gak...

p/s : piccas kt atas pinjam dari berita harian edisi timur hari nih... nak baca lebih lanjut, korang baca kt berita harian eh!!!

Sos Prego Tak Halal?????

jalan2 kt blog kwn2 tadi terus terpaku bila baca entry kt blog  Zaidah aka Comel tadi.... setahu aku, mmg ramai org melayu yg mkn sos prego  nih kan??? termasuklah ahkak dik... huhuhu!!!

zai nih dpt emel mengatakan dlm sos prego nih ader bahan yg tak halal.... betul ke tak, Wallahuallam....

tp yg pasti, sebelum korang nak beli, baca dulu bahan2 yg terkandung erk... takutla jadi mcm citer kt dlm emel nih..... aku dah mtk izin dgn zai utk kopi pes emel tuh... bkn aper, utk sebarkan pd kawan2 kan!!!!

"Orang kita bab makan ...makan dulu tgk kemudian... Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati. Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawabrasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.


Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekalimsaya buang..


Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi..........kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.


ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya nak bersihkan perut yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi."

p/s : pas baca emel nih, trus aku takut nak beli sos prego.... huhuhu!!!!

19 May 2010

PeMunGuT DeRMa???? BeTuL @ TaK???


korang penah tak kene situasi macam nih???? kdg2 kesian dgn diaorg nih kan???  kdg2 tuh buat rimas jer... tapi yg musykil tuh, diaorg nih betul2 ker kutip derma utk bina masjid, utk anak yatim atau kanak2 cacat???? haku nih bkn ape... klu kuantan nihla, hari2 pengutip derma nih ader, nak2 plak kt kawasan Maybank dan Mydin.... klu depan Maybank tuh, tabung derma tuh siap ader depan pintu masuk maybank tau... pengutip derma tak tau gi maner...

haku tak kisah sebenarnya kalu diaorg nih betul2 nak kutip derma kan??? kita tolong sikit2 ape salahnya.. tak dpt derma byk, sikit pon takpe kan??? tapi kdg2 geram jgk tau, sbb diaorg nih mcm sindiket plak... gi mane2 jerk mesti ader pengutip derma nih...

hari nih sinar harian buat laporan pasal pemungut derma nih dlm sinar harian seluruh negara... klu korang nak tau lebih lanjut, bacalah sinar harian edisi negeri memasing yer....

nih contoh pengutip derma... haku pinjam gambar nih dari sinar harian... klu kt kuantan nih mmg bulih jumpe jer kt maner2...

paling aku bengang, kt kawasan stadium kuantan nih pon jd port pengutip derma nih... hari2 ader jerk yg dtg mtk derma... mcm2 jenis... org luar mesia pon ader... takut haku....

nih bukti pengutip derma dtg mtk derma kt sini.... 17hb ari tuh tau.... mtk derma utk kanak-kanak spastik.. katanya dtg dari Ipoh.. nih pon tak taula betul ke tak... haku takut org tu duk lama2, aku derma jerk 2 hinggit nak sruh org tuh kuar cepat2... takut haku... klu pengutip derma tuh tipu, sdiri tanggung la kan??? tapi haku halal jerk la 2 hinggit tuh....

korang penah didatangi pengutip derma camnih???? kdg-kdg rimas kan????